Tiada kes strok dilaporkan berkaitan vaksin Bivalen COVID-19 Comirnaty dalam kajian klinikal.<br /><br />Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia berdasarkan data yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh pihak syarikat, Pfizer Sdn Bhd.